Tuesday, May 12, 2026
HomeHIBURANLa Liga: Arbeloa Beri Jaminan Real Madrid Bangkit

La Liga: Arbeloa Beri Jaminan Real Madrid Bangkit

BARCELONA – Jurulatih Real Madrid, Alvaro Arbeloa memberi jaminan pasukan itu akan melakar kebangkitan sebaik sahaja terlepas gelaran La Liga selepas tewas kepada Barcelona 0-2 di Camp Nou awal pagi semalam.

Dua gol seawal 18 minit pertama menerusi Ferran Torres dan Marcus Rashford sudah cukup untuk memastikan The Catalans mengutip tiga mata penting dan menjulang gelaran liga buat kali ke-29.

Lebih merisaukan, ini merupakan musim kedua Los Blancos menamatkan kempen tanpa sebarang trofi dan Arbeloa mengakui, beliau faham dengan reaksi tidak puas hati yang ditunjukkan penyokong Real.

“Kami tidak boleh berikan sebarang alasan. Kami tahu mereka kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang saingan musim ini, begitu juga dengan kami tetapi saya fikir pasukan sudah belajar sesuatu.

“Real Madrid sentiasa bangkit daripada kekecewaan. Kami pernah jatuh banyak kali sebelum ini tetapi masih mampu untuk bangkit, jadi kami akan terus bekerja keras bagi mengubah nasib pasukan,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengakui akan mengadakan perbincangan bersama pengurusan kelab berhubung masa depannya di Santiago Bernabeu selain mengakui, Real tidak memerlukan rombakan besar-besaran.

“Kami sudah memiliki satu skuad yang sangat hebat, cuma tidak bernasib baik kerana berdepan masalah kecederaan. Apa yang kami boleh buat sekarang adalah memperbaiki setiap kelemahan pada musim depan,” ujar Arbeloa.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Salah “Reject” Lelaki Gaji RM2K Kalau Perempuan RM8K’ – Zarina...

0
Pelakon, Zarina Anjoulie berpendapat bahawa perempuan berhak untuk menolak pasangan yang berpendapatan lebih rendah dari diri mereka. Menerusi perkongsian di Threads, Zarina atau lebih mesra...

CATEGORIES