Pelakon, Zarina Anjoulie berpendapat bahawa perempuan berhak untuk menolak pasangan yang berpendapatan lebih rendah dari diri mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju berkongsi bahawa pernikahan lalu mengajarnya bahawa lelaki tidak akan menanggung wanita yang berada dalam kesusahan, malah mendakwa mereka akan ‘brain wash’ si isteri untuk susah senang bersama.
“Tak salah tolak lelaki gaji RM2K kalau perempuan gaji RM8k. Saya dah dua kali kahwin dan kena benda yang sama.
“Mereka akan brain wash otak kita kononnya susah senang bersama. Kalau awak susah, tiada lelaki pun nak datang tolong tanggung awak. Kalau awak minta kebanyakkan mereka akan gelarkan awak sebagai ‘gold digger’,”katanya.
Dalam pada itu, Anju menyarankan agar si lelaki berusaha mencari duit lebihan dan kembali semua kepada wanita apabila kewangannya semakin stabil.
“Jadi kenapa kita perempuan kena susah dengan lelaki? Minta dia datang kembali bila dia dapat gaji yang lebih banyak. Awak boleh buat, tak mungkin dia tak boleh buat juga.
“Tak kisahlah bawa grab atau jual bundle ke. Yang penting tak malu cari rezeki lebih. Janji dia rajin,”ujarnya.
Sumber – Gempak





