Tuesday, May 12, 2026
HomeBERITAHati-Hati Tafsir Kategori T20 Atau M40 – Asyraf Wajdi

Hati-Hati Tafsir Kategori T20 Atau M40 – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Masyarakat perlu berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau M40 kerana realiti kehidupan setiap keluarga adalah berbeza.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, isi rumah berpendapatan RM13,000 sebulan yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dengan lima orang anak yang masih bersekolah dan melanjutkan pengajian di universiti juga boleh tergolong dalam kelompok M40.

Malah jelas beliau, mereka juga berpotensi jatuh ke kategori B40.

“Mara ambil kira semua ini sebelum luluskan pembiayaan. Contohnya apabila pasangan kedua-duanya guru dengan gaji RM6,500.

“Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 dan tinggal di bandar-bandar besar, anak tiga orang universiti atau kolej, tiga lagi anak bersekolah. Cuba kira perbelanjaan mereka,” katanya di media sosial, hari ini.

Sistem pengkelasan kumpulan berdasarkan pendapatan kini sedang hangat diperkatakan di media sosial susulan ia dianggap sebagai tidak adil, khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi, tetapi memiliki tanggungan yang besar.

Ia susulan selepas kerajaan dilapor akan memuktamadkan mekanisme kesinambungan subsidi minyak melibatkan golongan berpendapatan tinggi termasuk kumpulan T15 dan T20 dalam masa terdekat susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik berlarutan di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kertas cadangan berhubung pelan berkenaan telah dibentangkan beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican dan kini berada di peringkat akhir penelitian kerajaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

La Liga: Arbeloa Beri Jaminan Real Madrid Bangkit

0
BARCELONA – Jurulatih Real Madrid, Alvaro Arbeloa memberi jaminan pasukan itu akan melakar kebangkitan sebaik sahaja terlepas gelaran La Liga selepas tewas kepada Barcelona...

CATEGORIES