Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURANKetampanan Fattah Amin Buat Netizen Terpukau

Ketampanan Fattah Amin Buat Netizen Terpukau

PETALING JAYA – Seperti pelaris produk, ketampanan pelakon Fattah Amin ketika muncul dalam sesi siaran langsung menjual jenama makanan sejuk beku malam ini membuatkan ramai netizen dalam kalangan wanita tidak keruan.

Meraih lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang sejam, rata-rata netizen mengakui mereka menonton sesi ‘live’ tersebut yang mula bersiaran sekitar pukul 9 malam tadi hanya disebabkan Fattah.

Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin yang ligat mempromosikan jenama tersebut turut menerima pelbagai jenis ‘gift’ TikTok mewah daripada netizen

“Aku masuk live ini semata-mata sebab Fattah sahaja. Kacak sungguh sekarang.

“Laris jualan daging kambing sebab Fattah. Pelaris sungguh!” komen netizen.

Tidak kurang juga yang mahu melihat Fattah menyanyi dalam siaran langsung tersebut.

Terdahulu, pada 12 Oktober lalu Fattah yang pertama kali melakukan ‘live’ dalam aplikasi berkenaan meraih lebih 49,000 tontonan pengguna dan mendapat lebih 26juta tanda suka.

Sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu, saham populariti Fattah meroket.

Dia juga kini digelar duda paling ‘hot’ ketika ini sehingga ramai golongan wanita membuat konten lucu mengenainya seperti ‘Ada Fattah untuk dihalalkan’.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nabila Huda Puji Pelakon Muda KUDRAT 1968, Anggap Zarif Ghazzi Berpotensi...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda mengakui kagum dengan bakat baharu yang ditampilkan menerusi drama bersiri Kudrat 1968: High Council yang mencipta fenomena walau baru...

CATEGORIES