Monday, November 23, 2026
HomeHIBURAN‘Keseronokan Di Set Sudah Lama Hilang, Hanya Rasa Resah’

‘Keseronokan Di Set Sudah Lama Hilang, Hanya Rasa Resah’

PETALING JAYA – Agak menyepi daripada kemeriahan dunia hiburan, pelakon Tiz Zaqyah kini dalam proses untuk merehatkan karier lakonannya buat sementara waktu.

Tiz atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 38, berkata, keputusan tersebut diambil kerana sudah hilang keseronokan untuk berada di set penggambaran.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, saya cuma rasa tidak mahu berada di set penggambaran lagi.

“Keseronokan itu sudah lama hilang dan saya hanya rasa keresahan serta tidak sabar untuk pulang ke rumah,” katanya dalam platform Threads.

Tidak berkongsi punca secara terperinci, dia bagaimanapun tidak akan meninggalkan kerjaya seni buat selama-lamanya dan bakal muncul semula tidak lama lagi.

“Saya akan kembali tidak lama lagi, insya-Allah.

“Saya rasa telah hilang minat dalam berlakon sebelum ini. Terlalu banyak perkara, mungkin diri saya saja,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata peminatnya berharap Tiz mengambil tempoh tersebut untuk berehat sebelum kembali aktif dalam dunia lakonan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ujian Mendengar, Bertulis BM Dan BI SPM Pada Hari Sama Tahun...

0
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan baharu dengan mengadakan ujian mendengar dan peperiksaan bertulis bagi kertas Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris pada hari...

CATEGORIES