Monday, September 7, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Jenama Pro-Israel, Saya Akan Buang Semuanya’ - Intan Najuwa

‘Kalau Jenama Pro-Israel, Saya Akan Buang Semuanya’ – Intan Najuwa

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa tidak teragak-agak untuk membuang koleksi perkakas dapur berjenama mewah yang dibelinya sekiranya tersenarai dalam produk pro-Israel.

Menurut Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia akan melakukan perkara tersebut walaupun sebelum itu sudah melakukan semakan secara online mengenai jenama terbabit.

“Adakah jenama ini dalam senarai boikot?

“Saya sudah menyemak di dua laman web tetapi jenama ini tidak tersenarai,” katanya membalas komen netizen yang bertanya selain bimbang jika Intan membeli produk pro-Israel.

Tambah Intan, dia meminta orang ramai memaklumkan kepadanya sama ada dia melakukan kesalahan dengan memberi jenama tersebut.

“Tolong beritahu jika saya ada tersilap.

“Kalau jenama ini pro-Israel, saya akan membuang semuanya sekarang, serius,” ujarnya.

Terdahulu, Intan memuatnaik video ‘unboxing’ barangan perkakas dapur seperti cerek, set cawan dan pinggan yang baru dibelinya.

Perkara tersebut mengundang banyak soalan daripada netizen yang khuatir sekiranya Intan memberi jenama menyokong Israel.

Kebimbangan tersebut kini menular dalam media sosial sehingga wujud gerakan magu memboikot mana-mana selebriti yang membeli, menyokong dan menggunakan jenama pro-Zionis ketika ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Serian Recordkan IPU Esktrem Hampiri Darurat

0
KUALA LUMPUR - Daerah Serian, Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap ekstrem dan menghampiri paras darurat setakat jam 11 pagi tadi. Menurut portal...

CATEGORIES