Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURANJamal Abdillah Timang Cahaya Mata Ketujuh

Jamal Abdillah Timang Cahaya Mata Ketujuh

PETALING JAYA – Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah menyambut kelahiran anak ketujuh yang diberi nama Magdalena Yamani di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 9.38 pagi tadi.

Jamal atau nama lengkapnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 66, memaklumkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram (kg) secara pembedahan.

“Alhamdulillah, pembedahan semua berjalan lancar, anak dan isteri kedua-duanya okey.

“Saya sangat bersyukur Allah beri kami rezeki ini,” katanya dalam perkongsian mesej.

Pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu turut mengirimkan sebuah video sedang melaungkan iqamat buat puteri bongsunya itu.

Kegembiraan penyanyi terbabit jelas terpancar apabila tidak ketinggalan turut merakamkan foto kenangan bersama jururawat.

Terdahulu, Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.

Pasangan terbabit mempunyai empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani atau Zack, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 3 dan Rahil Laura Salsabila Yamani, setahun.

Hasil perkahwinan terdahulu, Jamal, 64, dikurniakan dua anak lelaki yang juga penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES