Sunday, May 31, 2026
HomeHIBURANHarith, Dr Jezamine kekal baik, sertai kejohanan sukan bersama anak

Harith, Dr Jezamine kekal baik, sertai kejohanan sukan bersama anak

KUALA LUMPUR: Biarpun bakal bercerai, namun pelawak popular, Harith Iskander dan isteri, Dr Jezamine Lim tetap menjaga hubungan baik demi anak-anak.

Sabtu lalu, Dr Jezamin dilihat berkongsi foto bersama Harith dan anak-anaknya yang menyertai perlawanan sukan pickleball.

“Perlawanan kedua saya dan kami menyertai kejohanan. Si kecil, Zydane sangat teruja.

“Dia adalah peserta paling kecil yang bertarung dengan peserta dewasa dan kami menang satu perlawanan,” tulis Dr Jezamine yang dilihat turut memetik nama Harith.

Kegembiraan terpancar pada wajah mereka sekeluarga menerusi foto menyebabkan peminat meninggalkan komen memohon agar pasangan itu mempertimbangkan semula keputusan untuk bercerai.

“Tolong jangan bercerai. Anda semua nampak gembira.

“Ya, mereka kelihatan gembira, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu. Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka,” komen seorang peminat.

Pada 9 Julai lalu, BH Online melaporkan Dr Jezamine dipercayai memfailkan cerai terhadap suaminya.

Harith, 57, dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES