Sunday, May 31, 2026
HomeBERITAOTM On The Street 'bikin gempar' di Pavilion KL

OTM On The Street ‘bikin gempar’ di Pavilion KL

KUALA LUMPUR: Panggung Seni, Istana Budaya (IB) menjayakan dua program menerusi Konsert Muzik Klasikal oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan iaitu Lambang Sari Series (LSS) 1 di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 18 Mei dan LSS 2 di Panggung Eksperimen Universiti Malaya (UM) antara 22 hingga 23 Jun lalu.

Kali ini, IB membawakan program signaturnya iaitu persembahan muzik tradisional daripada Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dengan Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia membabitkan kerjasama bersama institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sempena Malaysia Mega Sale 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Firdaus Akhbar Khan di Pavilion Kuala Lumpur, IB diberi peluang untuk mengisi satu slot dengan pengisian persembahan seni dan budaya, baru-baru ini.

Julung kalinya, IB membawa Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia ke Pavilion Kuala Lumpur dilihat sebagai pusat tarikan pelancong.

IB menampilkan konsep berbeza, ‘OTM On The Street’ yang dilihat sebagai satu platform terbaik untuk tarikan pelancong dan generasi muda.

Konduktor OTM, Mohd Yazid Zakaria bersama 22 pemuzik mempersembahkan gabungan alat muzik tradisional Malaysia iaitu akordian, serunai/rebana, sape, sitar, seruling, gambus, keromong, rebana/darbuka, mandolin, yanqin dan caklempong.

Persembahan itu diadakan secara terbuka dengan adanya dua segmen iaitu persembahan secara ‘busking’ dan berkumpulan berkonsepkan ‘orchestra street performance’.

Konsep itu memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung untuk merasai nilai seni muzik tradisional Malaysia dengan lebih dekat.

Di samping itu, terdapat pembabitan Artistana Istana Budaya yang mempersembahkan tarian secara ‘flashmob’ di mana pengunjung turut serta menari bagi memeriahkan persembahan berdurasi satu jam.

Sementara itu, Ketua Pengarah IB, Puan Zubaidah Mukhtar, berkata menerusi kempen GERAK itu, IB akan mencari ruang dan peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan mana-mana pihak berpotensi membantu dalam usaha memartabatkan nilai industri pelancongan seni dan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES