Wednesday, October 7, 2026
HomeHIBURANDress Berharga RM10,910 Digayakan Taylor Swift Terlalu Murah

Dress Berharga RM10,910 Digayakan Taylor Swift Terlalu Murah

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran bintang terkenal dunia, Taylor Swift yang ke-34 baru-baru ini, menarik perhatian peminatnya gara-gara dres pendek yang digayakan penyanyi itu.

Ketika majlis yang diadakan di kelab The Box di Manhattan, Amerika Syarikat itu, Swift dilihat menggayakan dres pendek berwarna hitam, rekaan pereka fesyen Clio Peppiatt.

Namun, ternyata hasil maklumat yang diperoleh peminatnya mendapati, harga dres dengan kemasan berkilauan itu cuma berharga AS$2,335 (RM10,910) dan dianggap terlalu murah untuk dipakai oleh seorang bintang terkenal dunia.

Menurut tinjauan Kosmo, rata-rata peminatnya menganggap, harga dres tersebut tidak sepadan untuk digayakan oleh Swift kerana statusnya sebagai salah seorang artis paling kaya di dunia.

Bahkan, peminatnya juga beranggapan bahawa rekaan dres tersebut tidak sesuai digayakan oleh pelantun Love Story itu kerana terlalu ketat sehingga membuatkan dia kelihatan aneh.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kita Perlu Membesarkan Anak Yang Tahu Bahawa Kekuatan Bukan Lesen Untuk...

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, menyifatkan isu buli, keganasan dan penderaan membabitkan kanak-kanak sebagai perkara yang perlu diberi perhatian bersama, bukan hanya...

CATEGORIES