Sunday, April 26, 2026
HomeLUAR NEGARABayi Ditemui Selamat Atas Pokok Selepas Dibadai Puting Beliung

Bayi Ditemui Selamat Atas Pokok Selepas Dibadai Puting Beliung

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemui selamat dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok selepas rumahnya dibadai puting beliung, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pusaran angin kencang itu melanda negeri Tennessee pada 9 Disember lalu ketika Sydney Moore dan suaminya berada di rumah bersama dua anak mereka iaitu Lord di samping Princeton yang berusia setahun.

Bumbung rumah mudah alih milik pasangan itu diterbangkan angin bersama-sama katil bayi yang turut menerbangkan Lord.

“Dia (suami) memegang katil bayi sepanjang masa sebelum mereka tercampak,” kata Moore.

Ketika kejadian, Moore sempat menarik Princeton daripada dihempap dinding runtuh dan berjaya menyelamatkan diri.

Moore dan suaminya kemudian berusaha mencari Lord sebelum menemui mangsa terbaring di atas sebatang pokok tumbang dengan hanya mengalami luka ringan.

“Pada awalnya, saya menyangka dia (Lord) sudah meninggal dunia dan kami tidak akan menemuinya. Namun, dia kemudian dilihat berada di pokok itu dalam keadaan baik, seolah-olah diletakkan di situ dengan penuh berhati-hati,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Buang 8,000 Pekerja Bulan Depan

0
WASHINGTON  – Meta merancang mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangannya pada bulan depan selepas syarikat tersebut meningkatkan perbelanjaan pada projek kecerdasan buatan (AI), lapor Perbadanan...

CATEGORIES