Wednesday, June 3, 2026
HomeHIBURAN‘Cik B Hanya Gurau Manja, Tapi Risau Mulut Dia Masin’

‘Cik B Hanya Gurau Manja, Tapi Risau Mulut Dia Masin’

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak menafikan usikan manja anak perempuannya, Cik B menjadi punca tercetusnya gosip cinta antaranya dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini.

Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman berkata, perkara tersebut mungkin terjadi selepas Cik B melihat cara Fazley menjaga anak-anaknya sejak mereka menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

“Sebenarnya Cik B yang mulakan dulu. Dia bersama anak sulung Fazley iaitu Fariedz Fazley selama beberapa minggu dan melihat sendiri sikap penyanyi itu terhadap anak-anaknya.

“Mungkin Cik B bergurau manja dan mesra mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh nak komen apa-apa. Kawan atau sebaliknya, kita tengok sahajalah. ‘Go with the flow’” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam masa sama, Vida mengakui terkejut apabila Cik B merestui sekiranya dia menjalin hubungan istimewa dengan Fazley kerana sebelum ini anaknya itu sering menolak mana-mana lelaki yang digosipkan dengannya.

“Saya tak tahu tentang hal ini namun Cik B kata dia sudah beri lampu hijau. Saya pun hairan juga dengan dia, macam ‘matchmaker’ pula.

“Sebelum ini semua (lelaki) dia tolak, sebab itu saya takut juga, Cik B ini mulut masin,” katanya lagi.

Mengulas dakwaan Fazley kerap bertemu dengannya sejak kebelakangan ini, dia menegaskan perjumpaan adalah atas urusan kerja.

Kongsinya, Fazley baru sahaja dilantik sebagai cef eksekutif bagi kedai kopi miliknya di Brunei yang bertanggungjawab menghasilkan pelbagai resipi baharu.

“Saya lantik dia sebagai cef eksekutif untuk kedai kopi di Brunei.

“Sudah hampir dua bulan Fazley menghasilkan pelbagai resipi termasuk burger, pizza dan biskut. Maka sebab itu dia kerap ke rumah untuk menguji menu yang dihasilkan,” ujarnya.

Sebelum ini, Fazley dan Vida didakwa sedang bercinta susulan tular beberapa video memaparkan keakraban mereka selepas menyertai TTMM2.

Cik B juga sebelum ini dalam satu kenyataan turut merestui sekiranya ibunya menjalin hubungan istimewa dengan Fazley.

Malah, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, yakin Fazley mampu menjadi bapa terbaik buat dirinya.

Bagaimanapun hal tersebut dinafikan Fazley dengan memaklumkan dia menjlain hubungan baik dengan semua peserta program TTMM2.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pintu Dihempas, Mimi Lana Alami Kejadian Aneh Baca Skrip Polong

0
PETALING JAYA: Pelakon, Mimi Lana mengakui berdepan pengalaman misteri apabila pintu biliknya dihempas secara tiba-tiba ketika membuat persiapan untuk membintangi filem seram, Polong. Menurut Mimi...

CATEGORIES