Wednesday, August 12, 2026
HomeHIBURAN‘Bulan Pertama Kahwin, Kami Menangis Sebab Belum Ada Anak’

‘Bulan Pertama Kahwin, Kami Menangis Sebab Belum Ada Anak’

SHAH ALAM – Pelakon Sweet Qismina mendedahkan dia dan suami, Adam Lee pernah menangis pada bulan pertama perkahwinan mereka kerana masih belum dikurniakan zuriat.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 27, dia dan Adam sangat mengharapkan kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka.

“Ketika itu kami berdua memang betul-betul nak anak. Kami sama-sama menangis bila genap sebulan berkahwin saya masih belum hamil.

“Namun lama-kelamaan kami terima kenyataan bahawa rezeki Allah bagi dalam pelbagai cara. Mungkin sekarang belum masanya Allah beri kami zuriat tetapi Dia beri kami rezeki yang lain dulu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon drama Dendam Seorang Madu itu lagi, dia akan mula berasa tertekan bila ramai orang yang bertanya tentang zuriat kepadanya.

“Tetapi untungnya keluarga saya dan Adam tidak pernah bertanya tentang zuriat kepada kami berdua. Mereka sentiasa mendoakan yang terbaik. Mungkin itu antara sebab kami menjadi lebih kuat untuk menghadapi perkara ini.

“Sesiapa yang ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang sedang mencuba mendapat zuriat, kalau boleh jaga kata-kata kita. Jangan sampai mengguris perasaan mereka. Kerana kita tidak tahu apa kesukaran yang mereka lalui untuk mendapatkan zuriat,” jelasnya.

Untuk rekod, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES