Tuesday, November 17, 2026
HomeHIBURANBidaah Raih Lebih 2.5 Bilion Tontonan, Trending Nombor 1 Di Indonesia

Bidaah Raih Lebih 2.5 Bilion Tontonan, Trending Nombor 1 Di Indonesia

PETALING JAYA – Melakar kejayaan sendiri, drama bersiri Viu Malaysia, Bidaah meraih lebih 2.5 bilion tontonan menerusi platform digital dan media sosial.

Dibintangi Fattah Amin, Faizal Hussein dan Riena Diana, naskhah tersebut menjadi drama paling popular bukan sahaja dalam Viu Malaysia tetapi di Indonesia selama lima minggu berturut-turut.

Kejayaan itu sekali gus mengatasi drama bersiri Korea popular seperti Undercover High School, The Witch dan Study Group.

Fenomena Bidaah semakin meledak apabila watak Walid, lakonan hebat Faizal turut mencetuskan pelbagai trend parodi dalam TikTok.

Bidaah terbitan Erma Fatima yang ditayangkan sejak 6 Mac lalu mendapat pelbagai komen positif daripada peminat di media sosial sekali gus menarik minat audiens dari luar negara.

Drama tersebut mengisahkan Baiduri lakonan Riena seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) untuk menyertai Jihad Ummah, sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid.

Bersama Hambali (Fattah), Baiduri tekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hazama Tolak Sertai GVF Demi Komitmen Kerja Yang Dipersetujui Awal

0
KUALA LUMPUR – Komitmen kerja yang telah dipersetujui lebih awal menjadi punca penyanyi Hazama tidak dapat menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF), sekali gus...

CATEGORIES