Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURAN'Bakat Sahaja Tak Cukup, Disiplin Nombor Satu' - Johan As’ari

‘Bakat Sahaja Tak Cukup, Disiplin Nombor Satu’ – Johan As’ari

Pelakon, Johan As’ari berpendapat disiplin merupakan faktor penting yang perlu dititikberatkan dalam diri seseorang anak seni bagi membantu mereka bertahan lama dalam industri hiburan.

Menurut Johan, rezeki dalam dunia seni tidak boleh dijangka, namun dia percaya pelakon yang menjaga disiplin akan terus mempunyai tempat dalam industri.

“Awak boleh dapat rezeki itu tetapi kalau tak ada disiplin, ia diibaratkan seperti mercun yang cantik tetapi akhirnya hilang.

“Tetapi kalau awak utamakan disiplin, awak akan diibaratkan seperti bintang-bintang yang kekal cantik dan sentiasa ‘maintain’,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Nadia Brian meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa artis yang tidak menjaga disiplin masih mendapat tempat dan tawaran jika hendak dibandingkan dengan selebriti yang begitu komited dengan kerjaya mereka.

Malah, pelakon, Fasha Sandha juga sebelum ini pernah meluahkan rasa kesal terhadap seorang pelakon yang didakwa lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kerja pihak produksi.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Regu Berpasukan Negara Mara Ke Separuh Akhir Sukan Asia

0
NAGOYA - Skuad sepak takraw negara mara ke separuh akhir acara regu berpasukan Sukan Asian Aichi-Nagoya 2026 sebagai juara kumpulan B, sekali gus meneruskan...

CATEGORIES