Tuesday, May 19, 2026
HomeHIBURANA. Aida Dikejarkan Ke ICU Sebuah Hospital Di Kuala Lumpur

A. Aida Dikejarkan Ke ICU Sebuah Hospital Di Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Penerbit sensasi, Datuk A. Aida, 55, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Berita mengejutkan itu dikongsikan sahabat baiknya, Profesor Datuk. Dr. Mohd. Izhar Ariff menerusi satu hantaran dalam media sosial sebentar tadi.

“Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat sekalian mendoakan kekanda dan sahabat saya, Datuk A. Aida.

“Beliau kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu negara. Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” coretnya.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan sebab mengapa pemilik syarikat Aida Production Sdn. Bhd. itu ditahan di hospital berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan orang industri yang mendoakan agar A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang segera sembuh.

“Allahuakbar, Syafakillah Datuk A. Aida,” ujar penyanyi dan pengacara, Haiza.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Haroqs Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Niat Mahu Sampaikan Ke...

0
Personaliti media sosial dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan tindakannnya mencampakkan coklat ke laut mengundang kecaman...

CATEGORIES