Wednesday, July 1, 2026
HomeHIBURAN17,000 Raingers Gegar Bukit Jalil, Hujan Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

17,000 Raingers Gegar Bukit Jalil, Hujan Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock indie tanah air, Hujan, telah mencipta satu lagi detik bersejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian “Largest Audience for a Single Indie Band Live Concert” sempena penganjuran Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun.

Hujan yang dianggotai Noh, AG, Am dan Izzat berjaya mengumpulkan belasan ribu Raingers, nama peminat mereka di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Pengiktirafan berprestij ini diberikan bersempena konsert ulang tahun ke-20 Hujan yang berlangsung di anjuran Icon Entertainment (M) Sdn. Bhd..

Pencapaian ini membuktikan pengaruh dan legasi Hujan sebagai antara kumpulan indie paling berpengaruh di Malaysia, selain menjadi bukti sokongan luar biasa daripada para peminat yang hadir untuk meraikan dua dekad perjalanan muzik mereka.

Majlis penyampaian sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records telah disempurnakan oleh wakil-wakil MBOR iaitu Megat Faris Hussein Megat MuzaYar Shah, Edwin Yeoh dan Mr. Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi bersama Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Sementara itu, Iman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia Book of Records atas pengiktirafan yang diberikan serta mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat Hujan yang telah menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini.

Pengiktirafan tersebut bukan sahaja menjadi pencapaian penting buat Hujan, malah turut mengangkat martabat industri muzik tempatan dengan membuktikan bahawa sebuah kumpulan indie mampu menghimpunkan jumlah penonton yang luar biasa dalam sebuah konsert tunggal berskala besar.

Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun merupakan simbol perjalanan seni selama dua dekad yang dipenuhi karya-karya ikonik, dedikasi serta hubungan erat antara Hujan dan para peminat yang sentiasa menyokong mereka sejak penubuhannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Martinelli Jadi Wira Brazil, Tewaskan Jepun 2-1 Untuk Mara Ke Pusingan...

0
HOUSTON: Jaringan dramatik Gabriel Martinelli pada masa kecederaan memastikan Brazil menewaskan Jepun 2-1 dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia di Houston, sekali gus...

CATEGORIES