RAUB – Seorang warga emas rentung apabila rumah yang didiaminya musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Lui, Kampung Sungai Lui di sini malam tadi.
Mayat mangsa yang merupakan lelaki berumur 70-an ditemukan rentung di hadapan rumah dipercayai cuba melarilan diri dari kebakaran berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.16 malam sebelum sepasukan 11 anggota dari BBP Raub dan Sungai Koyan bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua jentera.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan terdapat kebakaran rumah kayu dengan peratusan kebakaran dianggarkan 100 peratus. Kejadian turut melibatkan seorang warga emas yang disahkan telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, tindakan operasi adalah membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
Sumber – KOSMO! ONLINE





