Thursday, September 3, 2026
HomeHIBURANKalau Perempuan Terhegeh-Hegeh Dan Lelaki Itu Sambil Lewa, Jangan Teruskan

Kalau Perempuan Terhegeh-Hegeh Dan Lelaki Itu Sambil Lewa, Jangan Teruskan

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle, menasihati wanita agar tidak terhegeh-hegeh mengejar lelaki yang tidak serius dalam sesebuah hubungan atau perkahwinan.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata, lelaki sepatutnya akan menjadi ketua dalam rumah tangga dan jika lelaki menunjukkan sikap sambil lewa, rumah tangga itu tidak akan kemana.

“Dalam sesebuah hubungan atau perkahwinan, lelaki wajib untuk mahukan hubungan tersebut. Kalau perempuan terhegeh-hegeh dan lelaki itu sambil lewa, jangan diteruskan.

“Dia bakal menjadi ketua, kalau ketua sendiri pun sambil lewa, mahu tidak mahu, apa-apa pun tidak akan berkembang. Dia kena bersemangat mahukan awak, mahu menjaga awak, dan mahu lindung awak ,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Diana, lelaki yang benar-benar menyayangi pasangannya akan menunjukkan rasa sayang itu secara jelas tanpa perlu berselindung.

“Kalau dia betul-betul sayangkan awak, dia akan tunjukkan dengan sangat jelas. Awak tidak akan dibiarkan lupa langsung mengenai perkara itu.Tapi kalau dia sendiri sudah berputus asa, hubungan itu sudah boleh dikatakan tidak wujud.

“Perempuan kejap itu kejap ini, kejap merajuk, kejap sayang, tanya mana-mana perempuan pun selalunya kita ini ibarat cuaca. Lelaki ibarat atmosfera yang memberi ruang untuk cuaca berdentum-dentam.

“Pastikan dia mahukan anda dengan sepenuh hati dan jiwanya. Jangan cuba untuk membuktikan nilai diri awak, bersaing, atau meraih perhatian. Sekian bebelan malam,” katanya.

Untuk rekod, Diana Danielle dan Farid Kamil pernah berkahwin pada 3 November 2012 dan telah rasmi bercerai talak satu buat kali kedua secara baik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24 Mac 2025.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Arsenal Sekat Pemain Ke Chelsea

0
LONDON – Arsenal tegas menolak permintaan Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemain tengahnya, Martin Zubimendi pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup awal...

CATEGORIES