Monday, September 21, 2026
HomeBERITAWarga Emas Lemas Ketika Pasang Jaring Ikan

Warga Emas Lemas Ketika Pasang Jaring Ikan

PASIR GUDANG – Seorang lelaki ditemukan lemas ketika memasang jaring di sebuah kolam di Jalan Cendana 6, Taman Cendana di sini, petang Isnin.

Komander Operasi Balai Polis Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Sharol Suboh berkata, mangsa Soppigan Katiman, 63, ditemui pada kedalaman kira-kira 6.09 meter.

Menurut beliau, seramai 10 anggota bersama sebuah dua unit jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 6.33 petang.

“Anggota tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai bomba, pada jam 6.40 petang./

“Operasi mencari mangsa segera dijalankan menggunakan alat khas ‘grappling iron’.

“Mangsa akhirnya ditemukan pada kedalaman 6.09 meter dan berada pada jarak 6.09 meter dari tebing kolam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Sharol, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.28 malam,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES