Saturday, July 25, 2026
HomeBERITAWanita Maut Jatuh Dari Tingkat 23

Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 23

SANDAKAN – Seorang wanita maut selepas terjatuh dipercayai dari tingkat 23 di sebuah bangunan kediaman di Jalan Buli Sim Sim di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 47 tahun dipercayai jatuh dari aras yang tinggi sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya.

“Mangsa yang bukan penghuni di kediaman itu dipercayai terjatuh dari aras yang tinggi bangunan Blok A berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Mangsa mengalami kecederaan teruk bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.

“Kes masih dalam siasatan termasuk dari tingkat mana mangsa terjatuh namun berdasarkan pemeriksaan pada CCTV lif mendapati mangsa keluar di tingkat 23.

“Kejadian diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES