Saturday, October 31, 2026
HomeBERITAUsaha Bersama ASEAN dalam Membangun Ekosistem Digital yang Selamat

Usaha Bersama ASEAN dalam Membangun Ekosistem Digital yang Selamat

Kuala Lumpur: ASEAN menunjukkan komitmen kukuh dalam membina komuniti berdaya tahan dan inklusif, terutamanya membabitkan aspek keselamatan siber. 

Peranan aktif negara melalui Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi, penting memastikan pembangunan digital mampan serta inklusif di rantau ini.

Pakar Komputer dan Sains, Prof Ts Ainuddin Surrey Abdul Wahab berkata, ASEAN kini menghadapi peningkatan serangan siber seperti ransomware dan penipuan dalam talian yang mensasarkan infrastruktur kritikal dan perkhidmatan digital. 

“Sebagai contoh, serangan siber terhadap pusat data dan sistem kerajaan boleh menyebabkan gangguan besar kepada ekonomi dan perkhidmatan awam. 

“Inisiatif keselamatan siber membantu mengurangkan risiko ini dengan memperkukuh pertahanan siber serantau dan meningkatkan kerjasama antara negara anggota,” katanya.

Jelasnya, ASEAN melancarkan beberapa inisiatif strategik untuk memperkukuh kapasiti keselamatan siber di kalangan negara anggota.

Katanya, Cyber ASEAN Framework antara inisiatif kerangka penilaian kapasiti keselamatan siber dibangunkan secara bersama oleh negara-negara ASEAN. 

“Ia menekankan empat teras utama termasuk kerjasama antarabangsa, piawaian teknikal, perkongsian maklumat dan pengurusan insiden atau ancaman. 

“Pendekatan ini memastikan dasar dan inisiatif yang dihasilkan adalah inklusif dan sesuai dengan konteks tempatan,” jelasnya.

Selain itu, katanya sebagai anggota aktif ASEAN, negara melalui Kementerian Komunikasi dan MCMC memainkan peranan penting dalam memperkukuh keselamatan siber. 

Jelasnya, inisiatif lain membabitkan Penyelarasan CERT Serantau ASEAN memilih negara  untuk menyelaras Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Serantau ASEAN (CERT) bagi tempoh 2024/2025. 

“CyberSecurity Malaysia, di bawah MCMC, menubuhkan skim pensijilan profesional keselamatan siber tempatan, Skim Pendidikan Keselamatan Siber Akreditasi Globa (lGlobal ACE) untuk melatih dan mengiktiraf profesional keselamatan siber di ASEAN, menyumbang kepada pembangunan kapasiti

“Program seperti ASEAN Cybersecurity Skilling pula bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran keselamatan siber dalam kalangan belia dan penduduk umum,” ujarnya lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES