Wednesday, June 24, 2026
HomeBERITATangan Melecur 'Power Bank' Meletup Dalam MRT

Tangan Melecur ‘Power Bank’ Meletup Dalam MRT

SINGAPURA – Sebuah alat pengecas telefon bimbit atau ‘power bank’ milik seorang wanita meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di sini.

Menerusi laporan CNA, kejadian yang berlaku pada jam 5.30 petang, Jumaat lalu di stesen Raffles Place itu mengakibatkan tangan pemiliknya melecur.

Dalam catatan di media sosial Xiaohongshu, wanita yang dikenali sebagai Chen berkata, letupan tersebut turut menyebabkan tangannya menjadi hitam.

“Gerabak MRT dipenuhi asap selepas ‘power bank’ terbakar dengan sendiri di dalam beg.

“Kejadian itu mengejutkan ramai penumpang apabila asap tebal memenuhi gerabak,” katanya.

Sejurus pintu gerabak MRT itu dibuka, semua penumpang keluar dalam keadaan panik manakala wanita tersebut mencampakkan begnya sebelum melarikan diri.

Kakitangan stesen bertindak pantas dengan memindahkan penumpang dan membuat pengumuman kecemasan bagi memaklumkan penumpang berhubung kejadian itu.

Beg dan pengecas bateri itu kemudian diambil oleh pihak stesen MRT berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES