Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITASoalan Perlembagaan Dirujuk PM Ke Mahkamah Persekutuan Tidak Bertujuan Mewujudkan Kekebalan Mutlak...

Soalan Perlembagaan Dirujuk PM Ke Mahkamah Persekutuan Tidak Bertujuan Mewujudkan Kekebalan Mutlak – AGC

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan bukan bertujuan untuk mendapatkan kekebalan peribadi.

Jabatan itu menyifatkan rujukan berkenaan sebagai sodian struktur mengenai tadbir urus Perlembagaan, bukan soalan mengendi kekebalan peribadi.

“Persoalan dirujuk tidak bertujuan untuk mewujudkan kekebalan mutlak kepada mana-mana individu.

“Sebaliknya, PM membangkitkan isu-isu Perlembagaan baharu yang belum pernah diputuskan sebelum ini, khususnya berkaitan hubungan antara litigasi sivil dan keupayaan seorang Perdana Menteri sedang memegang jawatan untuk melaksanakan fungsi eksekutif secara berkesan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

AGC turut menegaskan rujukan sebegini membolehkan mahkamah terutamanya Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan muktamad terhadap isu undang-undang yang kompleks.

“AGC menghormati integriti mekanisme Perlembagaan ini dan akan menilai sebarang permohonan campur tangan berdasarkan merit undang-undang dan kepentingan awam, bukan sentimen berbaur politik,” jelasnya. 

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Anwar dilaporkan mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberikan beliau kekebalan bersyarat daripada saman sivil difailkan oleh bekas pembantunya, Yusoff Rawther, empat tahun lalu.

Antara persoalan lain dirujuk termasuk sama ada tindakan undang-undang sivil terhadap seseorang sebelum beliau memegang jawatan boleh diteruskan, sekiranya menjejaskan keupayaan untuk mentadbir. 

Selain itu, Anwar turut mengajukan soalan sama ada Perlembagaan membayangkan wujudnya satu ambang kehakiman dalam situasi sedemikian. 

Mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk semua pihak membuat permohonan lisan berhubung rujukan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tular Menfitnah Namanya Menganiaya, Bukan Berniaga’ – Shaheizy Sam

0
PETALING JAYA – Aktor juga usahawan, Shaheizy Sam secara terbuka menegur strategi pemasaran segelintir peniaga yang gemar mencipta kandungan tular berunsur fitnah demi melariskan...

CATEGORIES