Tuesday, January 13, 2026
HomeBERITASidang Kemuncak ASEAN 2025 Bukti Kejayaan Diplomasi

Sidang Kemuncak ASEAN 2025 Bukti Kejayaan Diplomasi

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN 2025 berlangsung di Kuala Lumpur dilihat sebagai titik perubahan penting dalam diplomasi serantau apabila negara berjaya mengemudi blok Asia Tenggara ke arah era baharu lebih strategik dan berdaya tahan.

Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah, dalam ucapannya bertemakan Beyond the Summitry – Elevating ASEAN’s Promise and Playing Field, menegaskan sidang berkenaan menjadi manifestasi diplomasi moden halus dan berkesan.

Katanya, komitmen pegawai ditugaskan untuk merancang dan menyelaras persidangan layak dipuji kerana menghasilkan kejayaan penting termasuk pelancaran ASEAN Vision 2045 dan Deklarasi Kuala Lumpur.

“Antara pencapaian diplomatik besar adalah menerusi kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN buat kali kedua.

“Trump turut menandatangani perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand bersama Perdana Menteri Malaysia malah hasil perundingan dikendalikan meredakan ketegangan antara dua negara jiran ini.

“Negara turut memperkukuh hubungan global dengan menjemput Brazil dan Afrika Selatan sebagai Tetamu Pengerusi, langkah ini menunjukkan tekad Kuala Lumpur memperluas rangkaian strategik ASEAN di luar Asia Tenggara,” ujarnya.

Mohd Faiz berkata, sidang itu juga meraikan ulang tahun ke-20 Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dengan pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Keamanan dan Kestabilan, kenyataan bersama pertama dalam tempoh tiga tahun mendapat persetujuan semua anggota.

Jelasnya, dari segi ekonomi, negara menggunakan peluang pengerusian untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) bagi memperkukuh kerjasama perdagangan serta memodenkan peraturan kastam.

“Kemajuan besar turut dicapai melalui Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) dijangka ditandatangani pada 2026 ke arah menyelaras peraturan e-dagang dan pembayaran digital di seluruh rantau,” katanya lanjut.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa ASEAN masih berdepan cabaran integrasi ekonomi, termasuk kadar perdagangan intra-ASEAN rendah sekitar 20 peratus. 

“Namun saya optimis bahawa inisiatif seperti DEFA dan Rangka Kerja ASEAN untuk Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu (AFISS) bakal memperkukuh daya saing rantau ini.

“Perdana Menteri berjaya memperbaharui semangat perpaduan ASEAN. Dengan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 dan Filipina bakal mengambil alih pengerusi tahun hadapan.

“Pengerusian Malaysia akan dikenang bukan kerana kemeriahannya, tetapi kerana keazaman.” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES