Friday, April 17, 2026
HomeHIBURAN‘Tak Perlu Masuk Campur, Biar Que Haidar Selesaikan Sendiri’

‘Tak Perlu Masuk Campur, Biar Que Haidar Selesaikan Sendiri’

PETALING JAYA – Pelakon Kodi Rasheed meminta orang ramai agar tidak mencampuri urusan peribadi aktor Que Haidar sebaliknya memberi ruang dan mendoakan agar semua isu diselesaikan dengan baik.

Kodi, 35, berkata, perkara yang berlaku antara Que dengan bekas isterinya, Linda Jasmine adalah bersifat peribadi dan tidak seharusnya digali lebih dalam oleh pihak lain.

“Cuma apa yang saya boleh katakan kepada orang luar atau individu di sekeliling mereka berdua, tak perlu masuk campur.

“Biar mereka yang selesaikan masalah yang ada, tidak perlu ada sindiran atau hasutan sebab itu hal rumah tangga mereka sebelum ini. Insya-Allah pasti akan ada benda baik buat mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Libang Libu, semalam.

Dia yang sebelum ini pernah menuntut ilmu lakonan daripada Que bagaimanapun bersyukur gurunya itu berada dalam keadaan baik ketika ini meski dihambat dengan kontroversi yang boleh menjatuhkan kerjaya seni.

Kata pemilik nama lengkap Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed itu, dia dan Que juga sering berhubung untuk bertanya khabar.

“Saya ada pelawa dia untuk menonton filem terbaharu saya iaitu Libang Libu serta bertanyakan mengenai promo filem Malaikat Malam sebelum ini.

“Bertanya khabar itu perkara biasa dan sudah seperti menjadi kewajipan untuk saya menelefon dia, selalunya dua atau tiga kali dalam tempoh seminggu.

“Setakat ini dia okey, Alhamdulillah. Saya pun tak nak masuk campur sebab dua-dua adalah guru saya,” katanya lagi.

Melihat sokongan ramai yang diberikan terhadap Que, dia berkata setiap kasih sayang yang diterima pelakon itu sebagai balasan atas kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Ramai yang sayangkan dia, baguslah. Mungkin ini balasan Tuhan atas setiap doa dan perkara baik dia lakukan.

“Cuma bila wujud isu seperti sebelum ini, saya sedihlah. Bahkan ketika mereka bercerai pun saya sedih sebenarnya sebab mereka adalah ‘sweet couple’.

“Namun, untuk kita orang luar nak tanya lebih-lebih sudah seperti menyibuk pula. Jadi saya hanya boleh beri sokongan dan doakan yang baik-baik, pasti ada perkara yang akan muncul nanti,” ujarnya.

Terdahulu, isu perceraian antara Que dan bekas isteri kembali menjadi perhatian ramai selepas Linda mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.

Rentetan itu, pelbagai dakwaan negatif dilemparkan kepada Que namun dalam masa sama ramai selebriti tanah air menzahirkan sokongan dan kata-kata semangat buatnya.

Sebelum ini, Que mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.

Sumber – HIBGLAM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert “Aishah 40 Chapters Of Love” Julai Ini!

0
KUALA LUMPUR, 17 April 2026 – Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar...

CATEGORIES