Saturday, April 18, 2026
HomeBERITALebih 200,000 Penjawat Awam Terlibat BDR Mulai Esok

Lebih 200,000 Penjawat Awam Terlibat BDR Mulai Esok

SHAH ALAM – Lebih 200,000 penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi di seluruh negara akan terlibat dalam pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) yang bermula esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelaksanaan BDR itu terhadap penjawat awam berkenaan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing berdasarkan kesesuaian dan keperluan tugasan.

“Tidak semua jawatan yang boleh bekerja di rumah kerana ada kerja yang kerjanya memang perlu dibuat di pejabat sahaja. Jadi, ketua jabatan akan pilih pekerja mana yang boleh BDR atau tidak,” katanya ringkas apabila ditemui pemberita selepas menghadiri Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam 2026 di sini, hari ini.

Beliau turut menaruh keyakinan terhadap Sistem Pemantauan Operasi Tugas Secara Elektronik (SPOT-Me) yang dibangunkan kerajaan dalam memastikan pegawai sentiasa ‘clock in’ untuk dasar BDR dapat berfungsi dengan baik.

Sebelum ini Shamsul Azri menegaskan dasar BDR bukannya baring, duduk dan rehat atau membeli belah di pasar raya

Sebaliknya, dasar itu bukan tiket penjawat awam mengambil mudah tanggungjawab namun menuntut tahap disiplin dan produktiviti sama seperti bekerja di pejabat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES