Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURANMalaikat Malam Raih Sambutan Hangat, Catat Kutipan RM14 Juta Di Pawagam

Malaikat Malam Raih Sambutan Hangat, Catat Kutipan RM14 Juta Di Pawagam

Filem Malaikat Malam terus mengukuhkan statusnya sebagai naskhah fenomena tahun 2026 dengan meraih kutipan RM14 juta di seluruh negara sejak mula ditayangkan.

Seiring dengan pencapaian tersebut, Malaikat Malam terus merancakkan industri filem tempatan dengan harapan menjadi pembakar semangat untuk karya-karya lain selepas ini.

Menurut Penerbit Syafiq Yusof dari Viper Studios, pencapaian ini merupakan satu penghargaan besar buat seluruh tenaga kerja di belakang tabir yang  bertungkus-lumus menjayakan filem ini.

“Kami amat bersyukur dengan sambutan luar biasa yang terus diberikan oleh penonton. Pencapaian kutipan RM14 juta ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan kepercayaan dan sokongan padu terhadap karya tempatan.

Kami berharap Malaikat Malam akan terus menambat hati penonton, kekal menjadi pilihan di pawagam, dan terus relevan sepanjang tempoh tayangannya,” katanya.

Mengangkat elemen cinta, persahabatan dan pengorbanan dalam latar dunia jalanan, Malaikat Malam membawa kisah tentang perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Malaikat Malam membariskan pelakon Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Que Haidar, Riezman Khuzaimi, Akmal Asyraf.

Malaikat Malam masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, dapatkan di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nabila Huda Puji Pelakon Muda KUDRAT 1968, Anggap Zarif Ghazzi Berpotensi...

0
KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda mengakui kagum dengan bakat baharu yang ditampilkan menerusi drama bersiri Kudrat 1968: High Council yang mencipta fenomena walau baru...

CATEGORIES