Thursday, May 14, 2026
HomeBERITASatu Daripada Lima Kapal Tangki Malaysia Rosak Di Selat Hormuz

Satu Daripada Lima Kapal Tangki Malaysia Rosak Di Selat Hormuz

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sebuah daripada lima kapal tangki milik negara yang masih ‘terkandas’ di Selat Hormuz mengalami kerosakan di pelabuhan.

Perdana Menteri berkata, baki empat lagi kapal masih dipantau susulan perkembangan terkini termasuk sekatan keluar oleh Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, sebuah dari dua buah kapal milik negara yang berjaya ‘keluar’ dari Selat Hormuz pula telah tiba di tanah air semalam, manakala sebuah lagi hampir memasuki perairan negara.

“Dua kapal yang berlayar dari Selat Hormuz kini dalam perjalanan ke Malaysia dengan satu daripadanya telah tiba, manakala sebuah lagi hampir memasuki perairan negara.

“Yang kedua (kapal) hampir sampai ke perairan Malaysia. Yang lain kita masih pantau walaupun ada yang tidak dapat berlepas,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Bomba, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini, kerajaan Iran telah memberi kelulusan berlepas kepada tujuh kapal tangki milik negara itu namun, perkembangan terbaharu di Selat Hormuz menimbulkan sedikit masalah.

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan bahawa hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amir Raja Lawak Tak Kisah Jual Besi Buruk, Tegur Sikap Suka...

0
Pelawak, Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang gemar meminta bantuan atau sumbangan tanpa berusaha untuk mencari rezeki terlebih dahulu. Amir menerusi hantaran di...

CATEGORIES