Tuesday, January 13, 2026
HomeBERITARakyat Malaysia Nikmati Pengalaman Perayauan Data Lancar, Kadar Berpatutan Di Timor-Leste

Rakyat Malaysia Nikmati Pengalaman Perayauan Data Lancar, Kadar Berpatutan Di Timor-Leste

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan sukacitanya mengumumkan, berkuat kuasa 17 Oktober 2025, pengendali rangkaian mudah alih utama Malaysia (MNO) iaitu CelcomDigi, Maxis, TM dan U Mobile telah berjaya mengaktifkan perkhidmatan perayauan data (data roaming) di Timor-Leste. Manakala YTL Communications memulakan perkhidmatannya pada 24 Oktober 2025.

Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia yang berada di Timor-Leste dapat menikmati perayauan data yang lancar pada kadar berpatutan, sama seperti negara-negara anggota ASEAN yang lain.

Perkhidmatan perayauan 4G di Timor-Leste merupakan satu pencapaian yang besar berbanding rangkaian infrastruktur 2G dan 3G sebelum ini. Perkembangan ini berjaya direalisasikan melalui kerjasama rapat MCMC dengan Autoridade Nacional de Comunicações (ANC) Timor-Leste, serta sokongan perkongsian perayauan strategik antara pengendali rangkaian mudah alih Malaysia dengan penyedia telekomunikasi utama Timor-Leste — Telkomsel, Telemor dan Timor Telecom.

Pencapaian ini juga sejajar dengan keutamaan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang tertumpu kepada aspek keterangkuman, kelestarian dan keterhubungan digital, serta mencerminkan komitmen bersama ASEAN dalam memupuk komuniti berfokuskan rakyat di mana teknologi meningkatkan mobiliti, peluang dan perpaduan di seluruh rantau.

Malaysia mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN yang merupakan detik bersejarah dalam mengukuhkan perpaduan ASEAN dan visi bersama ke arah rantau lebih inklusif dan terhubung secara digital.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia kekal komited menyokong sepenuhnya inisiatif untuk mengukuhkan integrasi serantau dan mempromosikan keterhubungan merentas sempadan, selaras dengan tema membentuk masa depan digital bersama kepada semua rakyat ASEAN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES