Saturday, April 26, 2025
HomeBERITASeorang Guru Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Sungai Sedim

Seorang Guru Lelaki Dikhuatiri Hilang Di Sungai Sedim

KULIM – Seorang guru lelaki dikenali sebagai Mohd. Hafiz Jasmi, 38, dikhuatiri hilang di kawasan peranginan Sungai Sedim, di sini sejak semalam.

Berdasarkan laporan Kosmo, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba II Rahimi Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pihak polis kira-kira pukul 4.25 petang, semalam.

Katanya, sebuah kereta jenis Proton Saga milik mangsa ditemui di kawasan tersebut.

“Polis bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak semalam.

“Operasi turut melibatkan bantuan anjing pengesan bomba, pihak polis, ,renjer hutan serta penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kawasan pencarian dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon satu di kawasan menuju ke puncak Gunung Bintang sejauh enam kilometer, zon dua di bahagian bawah sejauh dua kilometer dan zon tiga di kawasan trek mendaki gunung sejauh dua kilometer.

Tambahnya, berdasarkan perkembangan terkini, mangsa masih belum ditemui.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azarine Kukuhkan Jenama Kosmetik Indonesia di Pasaran Malaysia

0
24 April 2025 – Selepas mencuri tumpuan pada tahun 2024 dengan acara bertemu peminat yang memecahkan rekod bersama duta global Lee Minho, jenama kecantikan...

CATEGORIES