Tuesday, February 10, 2026
HomeBERITASemakin Ramai Anak Muda Terjebak Dadah 'Mushroom'

Semakin Ramai Anak Muda Terjebak Dadah ‘Mushroom’

GEORGE TOWN, 4 Oktober- Jumlah penagih dadah sintetik jenis ‘mushroom’ yang semakin meningkat terutama dalam kalangan anak muda, sangat membimbangkan.

Malah, kini ‘mushroom’ menjadi trend golongan tersebut untuk digunakan dalam vape dan rokok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, ‘mushroom’ sebenarnya berasal daripada tumbuhan, namun ia dicampur dengan pelbagai bahan kimia dan dipanggil dadah sintetik.

“Dipercayai, dadah jenis ini mudah didapati dan biasanya ia diletakkan dalam vape atau rokok.

“Penggunaan dadah ‘mushroom’ dalam kalangan anak-anak muda semakin membimbangkan,”katanya.

Soffian memaklumkan, sebelum ini pihaknya telah menahan beberapa individidu yang disyaki menggunakan dadah sintetik jenis mushroom dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJN).

“Polis berharap orang awam boleh memainkan peranan dalam membendung gejala tidak sihat ini,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Trauma, Bila Ibu Diperlakukan Begitu Anak Yang Akan Berdendam’

0
PETALING JAYA – Tragedi hitam menjadi mangsa ekploitasi fizikal yang dilalui ibunya meninggalkan trauma hebat buat pelakon, Puteri Balqis sekali gus sukar menaruh kepercayaan...

CATEGORIES