Monday, June 8, 2026
HomeBERITA‘Saya Letakkan Nasib Saya Di Tangan Allah, Sistem Kehakiman Negara’

‘Saya Letakkan Nasib Saya Di Tangan Allah, Sistem Kehakiman Negara’

PUTRAJAYA – “Saya meletakkan nasib saya di tangan Allah S.W.T. dan sistem kehakiman serta perundangan negara yang saya hormati dan amati.”

Itu kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu sidang akhbar ringkas sebelum melangkah masuk ke Mahkamah Rayuan pagi ini bagi mendengar keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman berkaitan empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya sebagai tokoh negarawan yang telah membawa pembaharuan besar dalam institusi kehakiman negara.

Menurutnya, sumbangan dan jasa Perdana Menteri kelima itu dalam memartabatkan sistem perundangan negara wajar dikenang dan dihargai.

“Sebagai seorang ahli politik muda, saya hanya mampu mengimpikan dan berharap untuk memiliki hati nurani serta integriti seperti yang dimiliki oleh Allahyarham Tun Abdullah,” ujarnya.

Syed Saddiq sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Viviana, Ani Maiyuni Tersingkir Di Minggu Suku Akhir TTMM2

0
SHAH ALAM – Konsert minggu kelapan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Viviana dan Ani Maiyuni gagal melangkah ke peringkat separuh akhir...

CATEGORIES