Thursday, August 27, 2026
HomeBERITARON97, RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

RON97, RON95 Dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

PUTRAJAYA – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 27 Ogos hingga 2 September naik sebanyak 5 sen iaitu daripada RM4.67 seliter kepada RM4.72 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, sementara itu, RON95 naik sebanyak 5 sen daripada RM3.77 kepada kepada RM3.82 seliter.

Sementara itu, RON97 pula naik 5 sen daripada RM4.25 kepada RM4.30 seliter.

“Ketidaktentuan geopolitik dunia yang berlarutan terus memberi tekanan terhadap harga dan bekalan petroleum global.

“Sepanjang sebahagian besar tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM), harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$90 setong. Sekatan trafik di Selat Hormuz yang berterusan terus mengekang bekalan minyak dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kata Kementerian Kewangan, selepas 179 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, sekitar 290 juta daripada 400 juta tong minyak yang dipersetujui untuk dilepaskan daripada simpanan kecemasan negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah disalurkan ke pasaran setakat Julai 2026.

“Penyusutan penampan bekalan ini meningkatkan risiko tekanan harga sekiranya gangguan berterusan.

“Pada masa sama, gangguan terhadap kapasiti penapisan di Asia Barat dan Rusia terus mengurangkan bekalan produk petroleum bertapis.

“Keadaan ini memberi tekanan lebih ketara terhadap harga diesel berbanding petrol, berikutan pasaran diesel global yang semakin ketat,” katanya.

Jelasnya, walaupun harga minyak mentah dunia menurun pada penghujung tempoh pengiraan
APM, penurunan tersebut belum mencukupi untuk mengimbangi paras harga yang lebih tinggi bagi sebahagian besar minggu sebelumnya.

“Selagi aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal dan ketidaktentuan geopolitik berterusan, harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar Budi Madani bagi pengguna yang layak,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Bahan Diri Sendiri, Syukur Orang Terima Lawak Saya’ – Azmi Saat

0
PETALING JAYA – Penyanyi Azmi Saat tidak kisah untuk menggunakan kecacatan dirinya sebagai bahan gurauan dengan orang masyarakat sekeliling. Azmi, 39, yang juga ahli kumpulan...

CATEGORIES