Wednesday, August 26, 2026
HomeHIBURAN'Bridesmaids Semua Wajib Popular Atau Artis Sahaja?' – Bella Astillah

‘Bridesmaids Semua Wajib Popular Atau Artis Sahaja?’ – Bella Astillah

PETALING JAYA – Ikhlas berkawan, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah lebih menghargai persahabatan tulen berbanding hubungan yang perlu sentiasa dipamerkan kepada umum.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, nilai persahabatan tidak seharusnya diukur berdasarkan kekerapan dilihat bersama, selalu muncul dalam hantaran media sosial atau dipertontonkan kepada khalayak.

“Apa sebenarnya nilai persahabatan di mata kalian? Adakah ‘best friend’ hanya dikira apabila sentiasa berkepit, muncul dalam hantaran dan sentiasa ditunjukkan kepada satu dunia?

“Sejak bila pula apabila kita bercakap tentang bridesmaid (pengapit pengantin), semua yang terlibat wajib popular atau dalam kalangan artis?” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu, dia lebih selesa memilih persahabatan yang terbina atas dasar kejujuran tanpa mengira status atau populariti seseorang.

Pada masa sama, Bella mengakui mempunyai ramai rakan dalam industri hiburan namun seperti insan lain, setiap individu mempunyai kehidupan yang perlu diberi perhatian.

“Sudah tentu saya mempunyai kawan-kawan dalam industri yang sangat saya hormati dan sayangi juga tetapi semua orang mempunyai kehidupan sendiri.

“Masing-masing juga ada pekerjaan, keluarga, komitmen serta urusan yang perlu dipenuhi,” ulasnya.

Dipercayai, hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan komen seorang netizen berkenaan ketulusan persahabatan beberapa rakan yang dipilih sebagai pengapit sama ada mereka ada di sisinya ketika dalam fasa sukar dahulu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Sulong Dah Sampai Mana Pagi Ni?’ – Netizen

0
PETALING JAYA – ‘Di mana Sulong pagi ni?’ Itu antara persoalan yang memenuhi media sosial apabila orang ramai terus mengikuti perkembangan seekor gajah jantan dikenali...

CATEGORIES