Tuesday, July 14, 2026
HomeBERITAPETRA Teliti Bantahan Projek TKMS, Wakil Teknikal Dan Suruhanjaya Tenaga Turun Padang

PETRA Teliti Bantahan Projek TKMS, Wakil Teknikal Dan Suruhanjaya Tenaga Turun Padang

PUTRAJAYA, 10 Julai 2026 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengambil maklum berhubung bantahan yang dibangkitkan oleh sebahagian penduduk berkaitan Projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Muda Solar (TKMS) di Kuala Muda, Kedah.

YBrs. Puan Mareena Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), PETRA telah menerima memorandum bantahan tersebut sebagai sebahagian daripada proses penelitian lanjut terhadap isu yang dikemukakan.

PETRA juga akan menyelaras penghantaran wakil teknikal bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) ke lapangan bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan di tapak projek serta menilai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh penduduk.

PETRA menghormati hak masyarakat untuk menyuarakan pandangan dan kebimbangan secara tertib serta mengikut lunas undang-undang. Pada masa yang sama, sebarang bantahan perlu diteliti secara berfakta, menyeluruh dan berpandukan kerangka kawal selia yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, PETRA akan meneliti asas bantahan yang dikemukakan, termasuk perkara berkaitan keselamatan, alam sekitar, impak kepada komuniti setempat dan pematuhan syarat kelulusan projek.

Selaras dengan komitmen Kerajaan menerusi aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian kekal komited untuk memastikan agenda peralihan tenaga negara dilaksanakan secara mampan, telus dan bertanggungjawab dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan pembangunan, pemeliharaan alam sekitar serta kepentingan masyarakat setempat.

KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR

10 Julai 2026

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Berpada-Pada Cuba Makanan Viral, Jaga Kesihatan’ – Anzalna Nasir

0
PETALING JAYA – Teruja menikmati ‘makanan viral’, pelakon Anzalna Nasir mengingatkan orang ramai agar usah terlalu ghairah mengejar trend sehingga mengabaikan aspek kesihatan. Anzalna atau...

CATEGORIES