Tuesday, November 10, 2026
HomeBERITAPesawat Malaysia Airlines MH720 Mendarat Cemas Akibat Isyarat Kebakaran

Pesawat Malaysia Airlines MH720 Mendarat Cemas Akibat Isyarat Kebakaran

PETALING JAYA – Pesawat Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang petang Selasa berpunca ekoran isyarat kebakaran.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang membawa 115 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada pukul 6.18 petang.

“Anak kapal bertindak pantas mengikut prosedur operasi standard, termasuk mengaktifkan ejen pemadam api di ruang kargo sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sejurus mendarat, pesawat dibawa ke kawasan berasingan sebelum semua penumpang dan anak kapal turun dengan selamat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, anggota bomba dan pasukan teknikal diarahkan untuk menilai situasi sebelum pintu kargo dibuka.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal menjadi keutamaan syarikat dalam memastikan pematuhan kepada standard keselamatan tertinggi,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nam Ron Dan June Lojong Terkejut Tercalon ABPBH 38

0
KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon suami isteri, Nam Ron dan June Lojong, masing-masing terkejut apabila berjaya melangkah ke senarai calon Anugerah Bintang Popular Berita...

CATEGORIES