Thursday, May 28, 2026
HomeBERITAPenyertaan di WSIS+20 Perkukuh Kepimpinan Malaysia dalam Ekosistem Teknologi Komunikasi Serantau

Penyertaan di WSIS+20 Perkukuh Kepimpinan Malaysia dalam Ekosistem Teknologi Komunikasi Serantau

GENEVA, 6 Julai 2025 – Penyertaan Malaysia di World Summit on the Information Society+20 High-Level Event (WSIS+20) merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI bagi memperkukuh ekosistem teknologi komunikasi negara yang inklusif serta selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi berkata, penyertaan negara yang diketuai Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil akan membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam perluasan capaian Internet luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) rakyat seiring dengan nilai kesejahteraan Malaysia MADANI.

Tambahnya, Malaysia turut menggunakan pentas WSIS yang berlangsung di Geneva, Switzerland dari 7 hingga 11 Julai untuk memperkenalkan inisiatif utama seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju serantau dalam transformasi teknologi komunikasi.

“WSIS merupakan platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menghimpunkan pemimpin dunia bagi memanfaatkan ICT ke arah pembangunan mampan.

“WSIS merangkumi beberapa komponen utama termasuk Garis Tindakan WSIS, iaitu rangka kerja yang mencakupi 11 bidang tumpuan berkaitan ICT seperti infrastruktur, pembangunan kapasiti, keselamatan siber dan persekitaran sokongan,” menurut kenyataan.

Selain itu, Anugerah WSIS yang mengiktiraf projek pembangunan teknologi berimpak tinggi, dengan sebanyak 234 pemenang dan 648 juara diiktiraf setakat ini sejak mula diperkenalkan pada 2012.

Sepanjang WSIS+20, YB Datuk Fahmi dijadual mengadakan lebih 10 mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, antaranya dari United Kingdom, Arab Saudi, Poland, Somalia, Greece, Rusia dan Algeria, serta mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan- Martin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES