Wednesday, June 3, 2026
HomeBERITAPemandu Treler Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Pemandu Treler Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

KLANG – Seorang pemandu treler maut manakala dua parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Pulau Indah, awal pagi tadi.

Menurut Kosmo, mangsa dikenali Mohd. Saiful Aizat Muhamad Nor berusia 29 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler, lori dan pacuan empat roda.

Katanya, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.24 pagi.

“Pemandu treler yang merupakan seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

“Manakala pemandu dan kelindan lori yang parah juga di bahagian sama telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya hari ini ketika dihubungi Kosmo.

Jelas beliau, seorang lagi pemandu pacuan empat roda tiada di lokasi kejadian difahamkan telah menuju ke balai polis.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Bukan ‘Over Protective’, Marsya Bebas Tentukan Hala Tuju Hidup’

0
SUBANG JAYA – Dituduh terlalu melindungi anak hingga menenggelamkan potensinya, penyanyi Liza Hanim tidak melatah selain menegaskan semuanya berdasarkan naluri seorang ibu yang disifatkan...

CATEGORIES