Sunday, October 25, 2026
HomeBERITAJuruterbang, Empat Penumpang Helicopter Terhempas Disahkan Maut

Juruterbang, Empat Penumpang Helicopter Terhempas Disahkan Maut

MIRI – Lima individu termasuk seorang juruterbang disahkan maut selepas helikopter BO-105 yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, petang semalam.

Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang berkata, nahas itu berlaku di hujung landasan lapangan terbang berkenaan kira-kira jam 3.40 petang.

Beliau berkata, kematian kesemua mangsa disahkan berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan pihaknya menerima notifikasi mengenai kejadian berkenaan daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang semalam.

Lima mangsa dikenal pasti sebagai juruterbang, Kapten Zainol Afriq; pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

Helikopter yang berlepas dari Miri itu dilaporkan sedang menjalankan operasi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) ketika kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert 3Diva Dibatalkan, Jamin Wang Dipulangkan Dalam 14 Hari

0
PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan. Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan...

CATEGORIES