Wednesday, September 9, 2026
HomeHIBURAN'Bila Usahawan Tempatan Nak Buat, Jadi Serba Tak Kena' - Khairul Aming...

‘Bila Usahawan Tempatan Nak Buat, Jadi Serba Tak Kena’ – Khairul Aming Kecewa Dilabel Kapitalis

USAHAWAN dan pempengaruh Khairul Aming meluahkan rasa sedih apabila ada pihak melabel usahanya mengembangkan perniagaan sebagai bersifat kapitalis.

Menerusi akaun Threads, Khairul Aming berkata, dia hairan apabila usaha usahawan tempatan untuk berkembang sering dipandang serong sedangkan kejayaan sesebuah perniagaan turut memberi manfaat kepada ramai pihak.

“Sejujurnya sedih juga macam ini. Usahawan negara lain maju berniaga, tapi bila kita yang tempatan nak buat, jadi serba tak kena.

“Kita nak usahawan tempatan ‘grow’ ke depan tapi dalam masa sama sentimen kapitalis yang diletakkan,” katanya.

Khairul Aming tampil memberi respons terhadap pandangan tersebut selepas ada beberapa individu yang meninggalkan komen dengan mendakwa dirinya kapitalis.

Menurutnya lagi, hasil daripada sesebuah perniagaan bukan hanya dinikmati pemilik sebaliknya turut melibatkan pekerja, pembekal, vendor, penghantar serta pelanggan.

“Hasil perniagaan ini untuk semua. Pekerja, ‘supplier’, vendor, abang ‘courier’, pelanggan, cukai negara dan pungutan zakat, semuanya dapat manfaat.

“Segala ilmu yang dapat, saya turunkan kepada semua untuk sama-sama belajar. Kalau dengan saya berniaga ini sakitkan hati anda, saya minta maaf,” ujarnya.

Terdahulu, Khairul Aming memperkenalkan projek terbaharunya iaitu ‘Bandar’ livestream pertama di Malaysia sempena kempen jualan 9.9 di TikTok.

Projek tersebut menghimpunkan pelbagai jenama dalam satu kawasan yang menjalankan sesi siaran langsung secara serentak.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

“Yang Bertuan Pun Boleh Menggila, Apatah Yang Liar” – Farahdhiya Harap...

0
Penyanyi, Farahdhiya meluahkan rasa simpati terhadap seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang dilaporkan diserang anjing liar baru-baru ini. Menerusi perkongsian di platform Threads, Farahdhiya mendoakan...

CATEGORIES