Friday, June 12, 2026
HomeBERITAMayat Bayi Baru Lahir Ditemui Pekerja Pembersihan Dalam Tong Sampah

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Pekerja Pembersihan Dalam Tong Sampah

GEORGE TOWN, 28 September- Penduduk Blok 4E Bandar Baru Air Itam hari ini dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang sudah tidak bernyawa dalam tong sampah.

Mayat yang cukup sifat itu ditemukan oleh pekerja pembersihan sekitar pukul 10.25 pagi tadi ketika rutin mengutip sampah di kawasan perumahan berkenaan.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis.

Bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan jasadnya.
 
Mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan terbabit.

Kes buang bayi boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Emas Jatuh Lagi, Susut RM20.50 Segram Dalam Sehari

0
PETALING JAYA – Harga emas terus menunjukkan trend penurunan apabila susut sebanyak RM20.50 kepada RM534.18 segram hari ini berbanding RM554.68 segram semalam. Penurunan tersebut merupakan...

CATEGORIES