Wednesday, April 23, 2025
HomeBERITABunuh Penjual Buah, Empat Suspek Warga Asing Ditahan, Seorang Masih Diburu

Bunuh Penjual Buah, Empat Suspek Warga Asing Ditahan, Seorang Masih Diburu

KUALA LUMPUR, 28 September- Susulan kes bunuh seorang penjual buah di depan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman OUG, polis mengesahkan telah menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Syukor menerusi satu kenyataan memaklumkan kesemua suspek berusia dalam lingkungan 29 hingga 53 tahun itu ditahan pada 2.30 awal pagi semalam di lokasi kejadian.

Jelas beliau, polis menerima maklumat mengenai insiden itu pada 7.40 malam daripada seorang saksi yang merupakan penyewa rumah di lokasi kejadian.

“Anggota polis yang membuat siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah warga emas berusia 80 tahun dan mempunyai beberapa kesan tikaman di bahagian badan serta muka.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan. Kesemua suspek direman tujuh hari hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”menurutnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Amihizam memberitahu seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan itu masih diburu polis.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

“Mereka yang mempunyai maklumat diminta salurkannya kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amaran Ribut Petir Di Terengganu, Pahang Hingga Tengah Hari

0
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di empat negeri sehingga pukul 1 tengah...

CATEGORIES