Tuesday, August 11, 2026
HomeBERITAMalaysia, Timor-Leste Terajui Potensi Dalam Bidang Pelancongan, Kebudayaan Dan Warisan

Malaysia, Timor-Leste Terajui Potensi Dalam Bidang Pelancongan, Kebudayaan Dan Warisan

YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, telah menerima panggilan hormat daripada H.E Dato’ Sri Francisco Kalbuadi Lay, Naib Perdana Menteri sekaligus Menteri Koordinator bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Timor-Leste, serta perwakilan dari Timor-Leste dan Yang Berhormat Joana Veneranda Amaral, Duta Timor-Leste ke Malaysia.

Dalam sesi pertemuan ini, kedua-dua pihak mendapati bahawa ini adalah peluang yang bagus bagi Timor-Leste dan Malaysia untuk berinteraksi, memperkuatkan kerjasama rangkaian dan meneroka potensi kerjasama dalam bidang pelancongan, budaya dan warisan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara.

Foto: FB YB Datuk Sri Tiong King Sing

Mengulas lanjut, Malaysia dan Timor-Leste sedang aktif merancang untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU), terutamanya dalam bidang pelancongan dan budaya antara kedua-dua buah negara.

Difahamkan, kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan sektor pelancongan di antara kedua-dua buah negara, mempromosikan pembangunan lestari dan penilaian terhadap warisan budaya.

Foto: FB YB Datuk Sri Tiong King Sing

Selanjutnya, bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste, Malaysia menyambut dan berharap untuk membangun kerjasama dalam bidang Pelancongan Mesra Muslim (MFT).

Turut hadir dalam mesyuarat ini, Ybhg. Dato’ Ammar Abd Ghapar, Pengarah Jeneral Pelancongan Malaysia, Dato’ Ahmad Rozian bin Abd. Ghani, Timbalan Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Bilteral, Kementerian Luar Negeri, dan pegawai kanan dari MOTAC.

Kredit: FB YB Datuk Sri Tiong King Sing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MITRA Menyalurkan RM6.7 Juta, Perkasa Pendidikan Dan Ekonomi Masyarakat India

0
PUTRAJAYA, 11 Ogos 2026 – Kerajaan MADANI terus memperkukuh agenda pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6.7 juta berjaya disalurkan untuk melaksanakan...

CATEGORIES