Wednesday, April 23, 2025
HomeBERITAMahu Menikmati Tol Percuma, Lebuh Raya Dilaporkan Sesak Malam Ini

Mahu Menikmati Tol Percuma, Lebuh Raya Dilaporkan Sesak Malam Ini

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menuju ke ibu negara dilaporkan sesak malam ini, susulan pertambahan kenderaan orang ramai yang kembali ke kota selepas tamat cuti perayaan Krismas.

Difahamkan, kesesakan di lebuh raya tersebut juga berkemungkinan ramai yang mengambil keputusan bertolak lewat memandangkan mahu menikmati tol percuma yang bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok.

Melalui tinjauan Kosmo, menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan jalan dapat dilihat berdekatan Plaza Tol Gombak menuju Kuala Lumpur setakat pukul 11.52 malam ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari di seluruh lebuh raya di Malaysia bersempena sambutan perayaan Krismas 25 Disember nanti.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tol percuma tersebut akan berkuat kuasa pada 23 Disember dan 26 Disember bagi semua jenis kenderaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Amaran Ribut Petir Di Terengganu, Pahang Hingga Tengah Hari

0
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di empat negeri sehingga pukul 1 tengah...

CATEGORIES