Tuesday, July 28, 2026
HomeBERITALepasan SPM Hafaz Al-Quran Diberi Keutamaan – Asyraf Wajdi

Lepasan SPM Hafaz Al-Quran Diberi Keutamaan – Asyraf Wajdi

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang hafaz al-Quran akan diberikan keutamaan untuk dibiayai pengajian ke luar negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembiayaan oleh Mara itu adalah untuk pengajian dalam bidang-bidang strategik profesional.

“Pelajar cemerlang SPM yang hafaz al-Quran akan diberikan keutamaan oleh Mara untuk dibiayai pengajian mereka ke luar negara dalam bidang-bidang strategik profesional,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi memuji satu komen ditinggalkan pada hantaran tersebut bahawa lepasan SPM yang terpilih perlu memahami mesej terkandung dalam al-Quran.

Pemilik akaun Facebook, Aizuddin Danian berkata, calon perlu ditemu bual untuk mengetahui bagaimana mereka menjalani kehidupan berpandukan ajaran al-Quran.

“Mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam al-Quran harus diiktiraf dan digalakkan. Bukan sahaja hafal, apabila anda menemu bual mereka, sila tanya mereka soalan.

“Soalan yang akan menunjukkan mereka memahami mesej al-Quran dan bagaimana mereka menjalani kehidupan mengikut al-Quran. Inilah jenis pemimpin masa depan yang kita mahukan di Malaysia,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, beliau berterima kasih terhadap idea bernas tersebut dan Mara patut mengambil perhatian tentang perkara itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan

0
SEOUL –  Seorang rakyat Malaysia maut selepas ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan melibatkan 10 warga asing di Daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan,...

CATEGORIES