Thursday, March 12, 2026
HomeBERITALelaki Maut Tertimbus Ketika Mencari Emas Di Anak Sungai

Lelaki Maut Tertimbus Ketika Mencari Emas Di Anak Sungai

LIPIS – Seorang lelaki maut selepas tertimbus di dalam anak sungai ketika mencari emas di Kampung Berhamah, Merapoh, dekat sini malam semalam.

Mangsa, Ayub Ahmad, 37, dipercayai tertimbus ketika menggunakan sebuah jentolak jenis JCB untuk mengorek dasar sungai sebelum turun ke lubang yang digali bagi mencari emas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada pukul 10.04 malam sebelum sepasukan empat anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis.

“Maklumat awal diterima daripada pihak polis yang memaklumkan seorang lelaki telah tertimbus semasa menjalankan aktiviti mencari emas.

“Usaha awal menyelamat telah dilakukan oleh pihak polis dan penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada pukul 11.15 malam, mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan tanah oleh pihak polis dan orang kampung.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES