Wednesday, October 21, 2026
HomeBERITALelaki Ditahan Di Rantau Panjang Selepas Jumpa Isteri Di Thailand

Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang Selepas Jumpa Isteri Di Thailand

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki yang baru pulang berjumpa isteri di Golok, Thailand ditahan di pangkalan haram di sini selepas melakukan rentas sempadan secara haram, semalam.

Lelaki berusia 54 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan jam 2.45 petang semalam di pangkalan haram Abe Yie Parking oleh anggota dari Batalion 8 PGA.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya mengesan suspek menaiki perahu dari Thailand ke Rantau Panjang.

“Suspek ditahan kerana memasuki negara melalui jalan tidak sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63.

“Hasil soal siasat mendapati, suspek masuk ke Thailand untuk berjumpa isteri di Golok.

“Rondaan dan pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras sebarang aktiviti pembolosan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada pihak IPD Pasir Mas untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gaji Bersih Golongan M40 Dijangka Meningkat Mulai Januari Tahun Depan

0
KUALA LUMPUR – Peningkatan pelepasan cukai individu kepada RM12,000 daripada RM9,000 di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengurangkan potongan cukai bulanan (PCB) pembayar cukai mulai...

CATEGORIES