Friday, January 23, 2026
HomeBERITALelaki Dicekup Seludup Tujuh Tan Pakaian Bundle

Lelaki Dicekup Seludup Tujuh Tan Pakaian Bundle

TUMPAT – Hajat seorang lelaki untuk meraih keuntungan menjual tujuh tan pakaian terpakai atau bundle yang diseludup dari Thailand tidak kesampaian selepas lori yang dia pandu ditahan semasa melalui sekat pintas Pos Nibong, di sini semalam.

Suspek yang berusia 33 tahun itu dicekup kira-kira 11.30 pagi semasa anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota bertugas menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori itu menjumpai 7,000 kilogram bungkusan pakaian bundle yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Pemeriksaan mendapati, kesemua barangan tersebut tiada dokumen yang sah.

“Suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar selepas kesemua pakaian tersebut diseludup dari Thailand sebelum ia dijual di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM350,000 dan diserahkan kepada kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital

0
PETALING JAYA – Perkongsian ringkas personaliti media sosial, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar dirinya yang...

CATEGORIES