Saturday, May 2, 2026
HomeBERITABelanjawan 2025: Anwar Ibrahim Kekal Tidak Ambil Gaji, Menteri Potong 20%

Belanjawan 2025: Anwar Ibrahim Kekal Tidak Ambil Gaji, Menteri Potong 20%

PETALING JAYA – Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan inisiatif untuk membuat pemotongan sebanyak 20 peratus gaji tahun hadapan.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak akan menerima gaji menerusi pelaksanaan Belanjawan 2025.

“Menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji,” katanya hari ini.

Anwar berkata, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen juga akan dibuat secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara.

Katanya, pelarasan itu akan mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Atas keprihatinan permasalahan rakyat dan tantangan fiskal yang menghimput, saya amat berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atas kepimpinan mereka.

“Barisan pengurusan tertinggi Gred Utama turut menunjukkan tauladan dan secara sukarela memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah SSPA,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES